Arrr... saya suka dengan kau tapi kau tidak tahu. Saya mahu chatting dengan kau tapi saya malu. Jadi saya tunggu saja kau duluan tegur saya walaupun kadang2 saya yang duluan tegur kau. Kalau boleh mahu saja saya tegur kau bila saya nampak kau hijau. Saya akan tunggu kau saja dulu, saya takut bertepuk sebelah tangan. Nanti tidak berbunyi tapi kalau cun2 tepukan kena di dinding,bunyinya mungkin kuat. Jadi lebih baik saya diam walaupun saya kurang yakin masa itu akan tiba atau tidak pernah akan terjadi atau sebaliknya yang akan terjadi.
Sekarang saya tipu dengan kawan2 saya yang kau adalah teman lelaki saya padahal ia mungkin tidak akan berlaku untuk menutup mulut mereka. Ini mungkin bukan tindakan saya yang bijak tapi saya rasa ini tindakan saya yang tepat untuk keadaan sekarang.
Kalau suatu hari nanti,kau tahu yang saya gunakan kau untuk menyelamatkan keadaan saya sekarang, saya minta maaf dan saya pasti kau akan marah dengan saya masa itu...
____________________________________________#____________________________________
hahahahahhahahahahaha...sebenarnya saya try test saja menaip ayat2 full spelling dalam keadaan sangat mengantuk tapi tidak dapat tidur. Saya tahu Bahasa Melayu saya semakin teruk.
Semalam saya dan kawan-kawan saya pergi menonton wayang di pawagam tetapi kami lambat bertolak dan kami tidak sempat untuk menonton wayang yang awal dimainkan. Oleh kerana kami sudah sampai ke tempat itu, maka kami membeli tiket untuk tayangan larut malam bertajuk Killer Elite.
Kami sampai di tempat itu pada jam 09.50malam dan wayang pula dimainkan pada jam11.40 malam. Kami ada waktu sengkang hampir dua jam sementara menunggu wayang bermula. Kami memutuskan untuk menyanyi di K-Box walaupun suara saya lebih teruk dari katak kerana saya selsema.
Kesimpulannya kami balik lambat semalam dan saya tidur lambat dan sekarang saya mengantuk tapi tidak dapat tidur selepas terjaga dari tidur jam06.00 pagi tadi...
huahahahhahahahhahaa.... nnt sia p baca balik ayat2 n ejaan ku bila ku sedar sepenuhnya!saya ngantuk o~
Friday, September 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment